Thursday, July 21, 2011

care of your eyes and contact lens :D

hai reader n stalkers!hari ni aku nak bg tips psl penjagaan mata dan contact lens!
memandangkan aku pun rajin n selalu sgt2 guna lens,aku jugak kena lah aware psl perkara2 spt jangkitan n komplikasi2 pemakaian lens.
so mari baca :D


  1. Bersihkan kanta lekap anda dengan disinfektan setiap hari
  2. Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap - sebaik-baiknya gunakan sabun tanpa wangian.
  3. Jangan gunakan air liur, air suling, air paip atau larutan salina yang dibuat sendiri dan tidak disterilkan untuk membersih kanta lekap anda.
  4. Semua larutan disinfektan adalah berlainan. Oleh itu, untuk melindungi kanta lekap daripada mengering, pilihlah larutan serba guna yang mengandungi pelembap seperti taurina untuk memanjangkan keselesaan pemakaiannya.
  5. Bersihkan bekas kanta lekap anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dan biarkan ia kering sendiri.
  6. Jangan biarkan hujung botol larutan anda menyentuh sebarang permukaan, termasuk kanta lekap anda untuk mengelaknya tercemar.
  7. Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan solekan mata dan tanggalkan kanta lekap sebelum membersihkan solekan.
  8. Jangan tidur memakai kanta lekap kecuali mendapat arahan doktor. Memakai kanta lekap semalaman walaupun sekejap sahaja, lebih memudaratkan daripada menanggalkannya setiap malam. *aku bkn nak ckp ape,tp ade org di sekeliling aku buat benda ni.and aku takut gila bhai.nasihat pun tak endah je*
  9. Jangan memakai kanta lekap melebihi masa yang sudah ditetapkan. Jika anda tidak sempat menggantikannya, pakailah cermin mata buat sementara waktu.
  10. Gunakan kosmetik berasaskan air semasa memakai kanta lekap.
  11. Dapatkan pemeriksaan mata lengkap setiap 12 bulan, termasuk ujian untuk glaukoma, katarak dan degenerasi makular. Golongan berumur dan penghidap kencing manis patut mendapatkan pemeriksaan lebih kerap optometris.
sayangi mata anda.nak guna sampai hujung nyawa tau,,jadi...
ingatlah org yang tersayang ^___^

No comments:

Post a Comment